Pertanian Regeneratif: Ke Arah Masa Depan Pertanian Mampan!

26 Oktober 2026 (Isnin)

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM)

Sesi Libat Urus Pertanian Regeneratif anjuran KPKM menjadi platform strategik dalam memperkukuh pembangunan sektor pertanian negara yang lebih mampan, berdaya tahan dan mesra alam. MSAP turut dijemput untuk menghadiri sesi libat urus ini yang diwakili oleh Ts. Dr. Viginiswaran.

Antara pengisian utama ialah perkongsian Dr. Nur Amalina binti Nasruddin dari Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), menerusi pembentangan “Perspektif Akademia Berkaitan Regenerative Farming”.

 

INOVASI REBAN ALIH (CHICKEN TRACTOR)

Projek perintis di Ladang UMK mengetengahkan potensi integrasi ternakan ayam kampung dengan sistem padang ragut berasaskan pendekatan pertanian regeneratif.

Pencapaian utama projek:

  • 2.64 kg – Purata berat hidup ayam dalam tempoh sekitar 12 minggu.

  • 75% – Kadar hasil karkas.

  • 43.8% – Margin keuntungan yang dilaporkan.

  • RM0 – Kos input kimia sintetik.

 

Pendekatan ini berpotensi meningkatkan kesihatan tanah, memperkukuh kebajikan haiwan, mengurangkan kebergantungan terhadap input kimia sintetik serta menyokong usaha menangani kerintangan antimikrob (AMR).

Kerjasama strategik antara kerajaan, akademia dan industri merupakan pemangkin penting dalam memperluas inovasi pertanian regeneratif demi keterjaminan makanan negara.

TANAH SIHAT, TERNAKAN SEJAHTERA, MAKANAN TERJAMIN!

Lihat Hantaran Rasmi di Instagram

#KPKM #KeterjaminanMakanan #InovasiPertanianRegeneratif #UMK #RebanAlih #PertanianMampan #MSAP #produksihaiwan

 

About the Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like these